Selasa, 21 September 2010

Angin Tinggi...

Angin tinggi....lebih bahaya dari penyakit darah tinggi. Bahaya angin tinggi hingga menyebabkan diakhirat kelak terjerumus kejurang neraka. Na'uzubilLAHi min zalik.

Martabat...orang awam walaupun seorang alim, lebai pun sentiasa bergelumbang dengan penyakit ini. Ada antaranya berbangga tanpa disedari akan penyakit ini.
.
Bertuah...mereka yang boleh melawan dan menang sehingga terbuang penyakit ini sewaktu hayatnya. InsyaAllah.
.
Darah tinggi...difahami "tidak merbahaya" berbanding dengan penyakit angin tinggi kerana kita hanya mengaitkan darah tinggi dengan keadaan perjalanan darah atau 'blood presure' dalam tubuh kita. Ya...begitu kah ?
.
Hakikat...kedua-dua penyakit ini sama bahaya dan amat berbahaya. Darah tinggi boleh menyebabkan kematian bila-bila masa. [ Sudahlah kematian itu hakikatnya bila-bila masa tapi pengidap penyakit tinggi risikonya lebih tinggi ].
.
Kematian....adalah pintu rahmat dan atau azab dan laknat. Diredhai dan dirahmati. Jika kematian seseorang tanpa penyakit angin tinggi tentu diredhai dan dirahmati. Sebaliknya murkai dengan azab dan laknat jika berjumpa Allah dalam keadaan membawa penyakit angin tinggi tersebut.
.
Punca...kedua penyakit tersebut wajib difahami oleh setiap orang beriman yang mukalllaf dan wajib selesaikan permasalahan ini sebelum bertemu suasana yang sangat mencabar iaitu ketika bertemu Allah. Punca kedua-duanya ialah hati kita sendiri. Maksud firmah Allah, surah al-Alaq ayat 6: "Ingatlah ! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas" ....ayat 7:"Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya".
.
Hati...tempat bertapak segala penyakit. Jika kita tidak dapat mengurus apa yang ada dalam diri dan disekeliling kita dengan secara Islam maka nafsu yang bertapak dihati menguasai diri lalu bertambahlah penyakit angin dan darah tinggi.
.
Selera...gaya hidup seorang yang mempunyai penyakit darah tinggi amat gemarkan makanan yang sedap. Kesemua makanan yang sedap-sedap akan menaikkan tekanan darah. Siapa kata daging kambing tidak sedap. Kalau tidak sedap tentu murah harganya. Seekor kambing sekarang harganya hampir RM 500. Ini bukan lagi harga jamnapari !. Daging lembu pun tak boleh dimakan oleh orang yang berpenyakit darah tinggi kerana akan menaikkan tekanan darahnya. Semuanya itu, sedap ! Hati yang tinggi menilai bahawa ia "sedaaaap"
.
Perangai...orang yang berpenyakit darah tinggi, jika dalam masa yang sama mempunyai penyakit angin tinggi juga maka orang itu cepat mati. Jadi, jika hendak mengawal penyakit darah tinggi mesti melalui kaedah-kaedah pengawalan angin tinggi terlebih dahulu.
.
Akhlak ....orang yang terkena penyakit angin tinggi amat bahaya sekali. Seorang yang berangin tinggi sebenarnya hati telah mati. Seorang yang berangin tinggi akan menganggap orang lain rendah, 'lekeh' , tiada kelas..... pendeknya tak boleh mengatasi dirinya yang berangin tinggi. Jika ada orang lain yang mengatasi, maka angin tingginya memberontak.
.
Gejala...penyakit ini kait mengait. Seorang yang berangin tinggi merasa tinggi dirinya jika dapat memakan makanan yang seperti tadi. Maklumlah barang mahal. Barang mahal tentu orang yang berada saja dapat memiliki. Aku lebih tinggi, kelas tinggi sebab itu aku dapat makan barang yang harga tinggi. Memang ia kait mengait !
.
Fenomena....penyakit angin tinggi amat banyak sekali dalam jiwa mereka yang dikuasai oleh 'politik kotor'. Kotor dalam politik ialah suatu perlakuan, penampilan, kerekter, tindakan yang terkeluar dari lunas-lunas Islam. Seorang yang tidak mengikut lunas-lunas Islam dalam pemikiran, tindakan, penampilan, keputusan, perlaksanaan maka tentu akan mengikut apa yang dibisikkan oleh syaitan. Syaitan amat suka hamba Allah berangin tinggi.
.
Politik kotor...mudah diamalkan kerana ia tidak bersandar dan berpaksikan kebenaran serta bertunjangkan keimanan. Ia berpaksikan nafsu dan selera serta aqal pendek. Seorang penjahat tahi arak, kaki judi, penyangak, pembohong, penipu dan pembawa fitnah yang angin tinggi pun boleh berada dalam dunia politik ini. Mudah untuk menipu, menabur fitnah dan membohongi orang ramai.
.
Matlamat politik...ingin berada 'diatas'...yang tinggi, ingin memegang kuasa dan pengaruh menyebabkan manusia setengahnya jadi gila. Gila kuasa sehingga melakukan tindakan kotor. Tindakan bernatijah dari angin tinggi. Tidak mengakui kebenaran kerana mengakui kebenaran dirasakan rendah diri....dari jiwa yang rendah...menjatuhkan !
.
Kesan....jika politik kotor ini diamalkan oleh orang alim mamat negatif kepada orang jahil. Orang jahil meyakini apa yang dilakukan oleh orang alim adalah suatu kebenaran kerana orang jahil yang 'tak tahu' kebenaran berpegang apa yang dibuat, persembahan dan tindakan dan penampilan dan keputusan orang alim itulah "al-haq". Sedangkan ia politik kotor semata.
.
Realitinya....politik kotor tetap kotor kerana ia jauh dan menyanggah syariat. Jauh dan melanggar syariat kerana kekotoran dan menyebabkan menebalnya kekotoran. Jika menepati dengan Islam maka ia bersih. Ambillah yang bersih walaupun ia rendah. Rendah itu tawaduk.
.
Hati...mereka yang berpolitik kotor adalah amat kotor sekali. Hati mereka yang mampu berjihad berpolitik bersih, bererti hati itu bersih. Jauhilah politik kotor kerana ia menggambarkan hati yang kotor.
.
Kisah...yang berakar umbi untuk mengejar dan mempertahankan pangkat semata untuk menguasai orang lain berlaku dimana-mana. Rasa kecewa dan serba tak kena dengan keputusan orang lain. Lalu dalam keadaan tidak sedar merasakan diri layak sedangkan orang ramai melihat bahawa ketidaklayakannya kerana masih bergelumbang dengan dosa.
.
Kisah...yang berakar umbi dengan dengki yang merasakan diri boleh berbuat sesuatu sedangkan terbukti tak dapat berbuat dan tak pernah buat sesuatu sehingga merancang untuk menghalang orang sedang melakukan kebajikan pun berlaku dimana saja walau diceruk kampung. Akhirnya, tidak dapat buat pembangunan dan kebajikan pun tidak mengapa asalkan jangan orang lain buat.
.
Kisah...yang berakar umbi dari rasa diri kononnya ditakuti, disegani kerana pernah melakukan tindakan 'jahiliah' masa lampau lalu muncul tindakan yang melampau walaupun kepada saudara rapat sejamaah solat, [ hatta kepada adik beradik ] kerana diri dikuasai rasa "orang tak berani sentuh", "orang tak canggah pendapat aku"...."orang takutkan aku" ...sedangkan itu perasaan dan angin tinggi semata kerana dunia sekarang bukan dunia keris dan tombak tetapi dunia kini adalah dunia diplomasi dan diplomatik.
.
Seni politik...bersih adalah dari Allah yakni dari kesenian ajaran Islam. Maksud Firman Allah ayat 139 surah al-Baqarah: "[Katakanlah wahai orang yang beriman..."Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah]: celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah ? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
.
Jiwa...kotor menyebabkan hati tinggi atau angin tinggi dan selamanya ia adalah jahiliah. Sedangkan jahiliah adalah dari kesyaitanan !. Hancurnya kehidupan syaitan adalah kerana 'angin tinggi'nya. Angin tinggi adalah angin syaitan !.... Boleh berangin tinggi hanya untuk melawan syaitan kerana Allah demi keimanan kepadaNya.
.
Bertaubatlah !!!! Bertaubatlah !!! Bertaubatlah !!!...
Pahit...tapi benar.
.
Walllahu A'lam

Jumaat, 6 Ogos 2010

Virus Fitnah

Sabtu - 7 Julai, 2010

Virus, satu perkataan yang harus difahami oleh masyarakat hari ini terutama kepada kepada mereka yang melibatkan diri dengan hal ehwal IT. Paling minima kepada seorang yang memiliki sebuah komputer untuk kegunaan yang paling minima jua dari dari lautan ilmu IT yang amat luas itu.
.
Paling tidak, perkataan virus harus di fahami dari bahawa virus itu perosak, pengganggu yang mengancam kerja yang hendak dilaksanakan walaupun dalam ilmu IT virus itu boleh diatasi. Kebaikan virus pula, jika hendak disenaraikan dalam kebaikan ialah kerana dengan adanya virus ini akan bertambah berkembang ilmu IT dan menjadi salah satu sumber pendapatan kepada kumpulan pakar yang menyediakannya. Bukanlah tujuan untuk membincangkan virus dalam ilmu IT tapi yang hendak dibincangkan disini ialah virus yang menjahanamkan manusia itu sendiri.
.
Seorang yang tidak terlibat dengan penggendalian IT pun perlu tahu tentang perkataan virus. Dalam dunia tanpa sempadan dimana peranan IT berada di hadapan sekali. Seorang individu perlu memahami jika seorang berkata, "komputer bermasalah, dimasuki virus". Ucapan ini adalah suatu ucapan umum yang lazim dan paling minima maksudnya dalam ilmu IT.
.
Ucapan dari seorang anak kepada bapanya atau dari seorang pegawai kepada seorang pelanggannya di kaunter bayaran di mana-mana premis sekarang. Seorang bapa atau rakyat yang berumur 80 an yang ketinggalan dengan perkataan virus tetapi dengan rahmati Allah lanjut umurnya maka ia memahami perkataan ini walau pun tak pernah kedengaran apatah belajar tentang IT ketika mudanya pada tahun 1940 an dulu.
.
Begitulah rapat dan tuntutan manusia dengan persekitaran dizamannya. Begitu juga dengan sesuatu fitnah dalam lingkungan hidup manusia. Fitnah dan kejadiannya serta adalah perkataan yang begitu lama dalam sejarah Islam dan sejarah manusia.
.
Asas kepada berlakunya sesuatu fitnah dalam lingkungan kehidupan manusia adalah bersumber dari apa yang dimaksudkan sebagai kepentingan dalam hidupnya. Semua manusia berkepentingan tetapi kepentingan yang tidak baiklah yang mencipta dan mencetuskan fitnah dalam kehidupan.
.
Dalam sejarah tamadun manusia, sebabkan suatu kepentinganlah Habil dan Qabil bermusuhan dan membawa kepada pembunuhan. Begitu juga sejarah kepentingan iblislah yang membawa kepada kes i'tiqad sehingga dijatuhkan hukuman terkeluar dari keimanan.
.
Yakinlah bahawa kepentingan adalah suatu yang sifatnya mencengkam dan menguasai. Berkepentingan yang baik akan dapat melakukan yang baik adalah kerana diri dikuasai oleh kepentingan keimanan. Keimanan adalah yang terbaik.
.
Kepentingan yang jahat nilainya akan memunculkan kejahatan perlakuannya. Melakukan sesuatu yang tidak baik adalah kerana diri dikuasai oleh nafsu jahat yang menjadi lawan kepada keimanan.
.
Bicara tentang persoalan kepentingan, banyak kes dalam sejarah kehidupan manusia. Ada anak sanggup menderhakai dengan ibu atau bapa. Juga terdapat dimana adik sanggup berputus arang berkerat rotan dengan abang dan kakaknya kerana keras jiwa keegoannya sehingga sanggup mengenepikan asas-asas agama dengan merendah diri, tawaduk dan hormat kepada orang yang lebih tua atau sekurang-kurangnya 'malu mata' dengan mewujudkan kesenian diplomasi dan perbincangan demi matlamat bersama.
.
Lebih besar dari itu, demi kepentingannya terdapat manusia yang sanggup bunuh membunuh. Kes ini dijelaskan lagi dimana ramai manusia yang membunuh ibu atau bapa kerana mabuk kegilaan dadah. Gejala membuang anak kerana tak sanggup 'berbinti' dirinya sebagai ibu kerana melahirkan anak luar nikah dari perbuatan haran zina adalah bukti keganasan kepentingan nafsu ganas manusia.
.
Telah dijelaskan bahawa berkepentingan tidaklah salah tetapi apa yang dipentingkan itu perlu diambil kira kerana ia mempunyai nilai dan kesannya kepada peribadi, keturunan, bangsa, sejarah dan agama [ khususnya Islam ]. Kita selaku orang beriman mesti pandai meletak dan menilai kepentingan kerana "awlawiat" atau keutamaan telah ada acuannya iaitu acuan agama.
.
Jika seseorang itu tidak boleh mengawal nafsunya sehingga nafsu jahat atau nafsu ammarah menguasai diri maka kepentingannya adalah kepentingan untuk memuaskan nafsu itu sendiri. Nafsu jahat maka jahatlah keputusan dan kerjanya dan natijahnya kerosakan kerana tidak ada sejarah kejahatan membawa kebahagiaan. Apatah lagi kebahagiaan dan keselamatan akhirat !
.
Dalam kerenah politik, terdapat kes lucu dan memalukan dimana fitnah berkepentingan nafasu jahat ini dimana terdapat diantara manusia yang sanggup bermusuhan dengan adik beradik dan sanak saudara kerana kepentingan pangkat, nama dan penguasaan walau pun pangkat yang yang diperjuangkan adalah yang terkecil dalam struktur organisasi dan bertompok dihujung sebuah perkampungan kecil.
.
Ada juga manusia tanpa segan silu pada diri sendiri atau kepada orang lain dan terutamanya kepada Allah dimana sanggup meninggalkan kewarasan dan sejarah hubungan baik dengan merancang fitnah untuk membunuh karear dan wibawa orang lain kerana berkepentingan peribadinya yang merasa tercabar, rendah diri atau merasa terketepi serta merasa dihati bahawa "aku pun boleh juga melakukan kerja-kerja yang dilakukannya itu" atau kerana "dia bukan dari golongan kita".
.
Telah dibincangkan bahawa latarbelakang berlakunya sesuatu fitnah dalam kehidupan manusia ialah berkisar tentang pengolahan kepentingan secara kenafsuan dalam kehidupannya.
.
Bagi mengatasi virus ini, kita perlu kembali kepada real problem atau masalah sebenar yang melibatkan unsur-unsur dalaman atau persoalan hati, jiwa dan perasaan manusia.
.
Mencari jalan penyelesaian dengan menumpukan kepada presenting problem hanya menumpukan kepada akibat sesuatu masalah yang hasilnya hanya bersifat sementara. Menggunakan kaedah dengan memberi sesuatu untuk memujuk hati dari nafsu yang sedang mengganas hanya langkah sambil lalu yang tidak mustahil akan berlaku seperti 'melepaskan anjing tersepit' saja. .
.
Juga penyelesaian secara presenting problem ini bukan dari bentuk penyelesaian yang berasaskan suatu kemurniaan 'aqidah yang jelas matlamatnya. Kebanyakan penyelesaian sebegini lahir dari mereka yang mengharapkan kepada keampuan dan kebendaan dari pihak sasaran.
.
Penyelesaiannya secara Islam. Dengan meletakkan iman dalam jiwa dan suatu rangsangan semangat jihad yang tinggi menuju matlamat perjuangan suci akan menjuruskan manusia itu dapat menilai hakikat kepentingan yang diperjuangkan. Maka berlakulah suatu titik penyelesaian sebenar. Jika hujjah agama dan keikhlasan masih berselindung di belakang kepentingan nafsu maka tunggulah kehancuran dan keporakperandaan.
.
Ilmu saja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah sesuatu fitnah malah ilmu pula diperalatkan untuk berhujjah bagi menegakkan kepentingan walaupun berbohong dengan kebenaran sehingga sanggup berselisih sesama sendiri dan memutuskan hubungan serta merosakkan sistem dan persatuan yang ada selama ini.
.
Ilmu yang mengenepikan keimanan maka tentunya akan dikuasai syaitan dan itulah syaitan dikalangan manusia. Ingatlah bahawa dengan ilmu yang ada tidak semestinya mempunyai keimanan yang tinggi walaupun ilmu adalah diantara sebab kepada tercetusnya kebangkitan keimanan seseorang dan ummah.
.
Persoalannya bagaimana boleh berlaku dalam fenomena manusia dalam berdepan dengan fitnah akhir zaman ini dimana mereka yang tidak berilmu dan rendah moral keimanannya malah bergelumbang dengan maksiat [ penipuan, rasuah, judi dan pemutarbelit fakta ] akan menguasai pengolahan kepentingan mengalahkan ilmu ? Bagaimana ? .
.
Jawapannya, ringkas saja... "Kepentingan" ... atau "Nafsu'. Kenali dan fahami serta ikhlaslah dengan ilmu fiqh-aulawiat. Dimana aulanya antara pangkat / nama / penguasaan "kegedeberan" bila bertembung dengan kesatuan [ perpaduan ]. Ikhlaslah dengan sistem yang dikemukan oleh agama kita ini. Ia adalah yang terbaik dan paling sempurna ! Fahamkanlah kepada mereka yang masih belum memahaminya. Bertunjanglah kepada keimanan yang sebenarnya. Siapa musuh kita sebenarnya ?

HIDUP ....penuh dengan ranjau dan duri...
Sepatutnya sama-sama buang duri dan ranjau.
Tetapi kerana nafsu jahat menguasai kepentingan peribadi
maka duri dan ranjau ditabur ditengah kejahilan masyarakat
yang di kuasai virus jahiliah dan aqidah kebendaan ....
Lemahnya Islam hasil kerja umatnya ....
Mundurnya umat Islam kerana kerenah nafsu
dan sikap kekampungan atau ringkas nya,
"jahiliah badui moden" atau "badui jahiliah moden" !
Jika suasana sebegini berlarutan maka 'track record' / sejarah dan sirah manusia akan bertambah buruk. Jika golongan jahiliah menguasai dunia maka kerosakanlah kesudahannya. Jika isu kebatilan tidak ditegakkan dengan kebenaran maka musuh akan tetap teguh dalam jiwanya bahawa pegangan dan kebatilannya sebagai suatu kebenaran.
.
Sukarnya menghuraikan suatu realiti... Juga sukarnya mempertahankan suatu kemenangan... Mudahnya untuk merosak dengan pegangan "matlamat menghalalkan cara'.
.
Bahasa kampung mengungkapkan hanya sepatah dikedai kopi, iaitu "Serupa saja". "Aduh", sakit telinga mendengar dan "pahit" rasanya.
.
Marilah kita sama-sama berdoa:
"Ya Allah, bukakanlah [ perlihatkan ] kepada kami mengenali al-haq itu sebagai kebenaran yang sebenarnya dan anugerahkanlah kepada kami untuk berpegang teguh dengannya dan bukakanlah [ perlihatkan ] kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan yang sebenar dan anugerahkanlah kepada kami untuk mengingkari dan menolaknya"
Amin.


WalLahu A'lam.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pahit....Tapi Benar


Pandanglah... "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"


.....indahnya suatu kebenaran.....sejuk dan sedap memandang...tapi tanpa zikr-ul-Llah tiada jua ketenangan kerana janjiNya, "Ingatlah, (bahawa) dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah segala hati"...Maksud ar-Ra'd ; 28

22 Sya'ban 1431 / 3 Ogos 2010 - 12: 03 pagi - Selasa

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"....memulakan sesuatu yang pahit....tapi benar.

Matlamat:
Matlamat yang jelas iaitu 'kebenaran' atau al-haq dalam bahasa Arab. Mematlamatkan yang lain selain kebenaran adalah batil. Kita semua ditaklifkan supaya bersama kebenaran. Sesungguhnya kebenaran itu diredhaiNya.

Natijah Kebenaran:
Kebenaran itu manis. Untuk dapatkan kemanisan kita sama-samalah mengolah kepahitan itu menjadi kebenaran...'pahit...tapi benar'. Mereka yang mahukan kebenaran akan menemui kemanisan dari 'pahit....tapi benar' dalam
www.luvalislam.blogspot.com ini. Oleh kerana ia suatu kebenaran maka kita mesti tenang 'bersamaNya'. Adakah orang yang tak mahu 'bersamaNya' ?....bersama kebenaran !

Dasar Kebenaran:
Rasulullah S.A.W. ada mengistiharkan [ hadith yang bermaksud ] bahawa: "Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit". Juga Rasulullah bersabda [ hadith yang bermaksud ] bahawa: "Sampaikan dari ku walau sepatah". Gabungan antara yang 'sepatah' dengan yang 'pahit' itu adalah sesuatu yang 'benar'...kebenaran

Teruja dengan 'luvalislam':
Terus terang bahawa saya teruja dengan nama 'luvalislam'. Semalam saya catat dalam blog [ untuk urusan masjid ] dialamat
www.masjiduthmani.blogspot.com/ bahawa tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa 'luvalislam' disediakan Allah untuk saya. [ Sememangnya semuanya adalah ditetapkan Allah ].

Ketentuan amanahNya:
Termaklum bahawa untuk mendapatkan laman web di .com atau di blogspot.com adalah dengan secara global yakni bukan urusan tempatan semata. Oleh kerana 'luvalislam' itu ditetapkan Allah menjadi milik maka kini saya memiliki laman web
www.luvalislam.com/ . Juga kini ini saya miliki http://www.luvalislam.blogspot.com/ pula.



Azam:

Saya akan memanfaatkan kedua-dua 'luvalislam' ini dengan tema yang berbeza iaitu "Perjalanan Menuju Rabbi" dan "pahit...tapi benar" untuk memartabatkan Al-Islam ditempatnya yang sebenar.

Untuk Islam Yang Dicintai:
Laman
http://www.luvalislam.blogspot/ ini pada mulanya saya tidak berniat untuk dijadikan laman blog.spot saya. Saya cari 'luvislam' di blogspot hanya ingin mengetahui samada telah wujud dialam maya global ini dan ia dimilik siapa. Saya ingin mengambil manfaat darinya sebagaimana saya mengambil manfaat dari www.majalah.iluvislam.com/ atau http://www.iluvislam.com/

Syukur:
Ternyata tidak dimiliki sesiapa. Saya yang teruja dengan 'luvalislam' mengambil keputusan untuk memilikinya. Bererti saya memiliki dua laman 'luvalislam'. Benar bahawa "Islam itu dagang' dan saya bersyukur kerana memiliki'luvalislam' di .com dan di blogspot.com/.

Doa dan harapan:
Moga-moga Allah S.W.T. memberikan pertolongan untuk menjayakan hidup bersama 'perkataan yang berat' ini. "Tiada daya dan upaya kecuali dengan rahmatNya....Ya Allah hamba Mu ini memohon dan mengharapkan rahmat Mu didunia dan diakhirat".
Amin ya Rabi



2:53 am