Rabu, 30 November 2011

Sakit Hati..... politik dengki

KEBENARAN....KEPAHITAN... apa yang digambarkan dalam cacatan saya di blog luvalislam ....'pahit....tapi benar' ini samada yang lalu atau akan datang tentunya tiada kisah lain kecuali dari kisah watak-watak manusia. Manusia adalah pelakun dan pemain utama di pentas dunia ini.

Benar bukan saja ceritanya benar-benar berlaku atau 'true story' tetapi cerita ini juga berlaku didepan mata dan hati saya. Saya merenung dan memikirkan setiap kejadian dengan mengambil pengajaran dan kefahaman yang ditinggalkan oleh Al-Imam Ghazali bahawa untuk menjadikan kita manusia yang baik salah satu caranya ialah dengan mengambil pengajaran dari apa yang kita lihat dan dengar, apa yang berlaku depan kita.





Hasil dari renungan tersebut pasti ada dicelahnya kebaikan dan pengajaran walau ianya pahit. Pahit....tapi benar. Kerana ia benar tentu ada kebaikan.

Dari penghayatan dan pengamatan kepada kejadian itu saya cacatkan disini untuk dikongsi bersama. Sekiranya gagal dikongsi, andainya blog luvalislam ....pahit tapi benar ini tiada pengunjungnya maka biarlah ianya menjadi kenangan saya dan siapa yang terlibat secara langsung dengan saya yang tentunya anak isteri dan ahli keluarga saya.





Selain kenangan, yang utamanya ialah 'taufiq dan hidayah.....bimbingan dan petunjuk' dari Allah SWT. Selain ingatan, yang tentunya ialah 'batas dan sempadan' ...hudud ....dari Allah.

Matlamatnya jelas. Bukan untuk menyingung dan menjatuh sesiapa. Tidak juga untuk mengampu dan menaikkan sesiapa. Seandainya digerakkan Allah SWT sesiapa yang terlibat dengan kisah yang dipaparkan maka ianya secara kebetulan bahawa ia adalah digerakkan Allah SWT untuk bimbingan dan petunjuk...batas dan sempadan.





Saya tidak maklumkan, jauh sama sekali kepada hamba Allah SWT yang terlibat dengan cerita dan kisah pahit ini untuk dibaca dan dibuat penilaian.

Matlamat sejelas dan sebaik mana pun jika berdepan mereka yang hati sakit berpenyakit apa pun maka sakit hati mereka membacanya.





Andainya terjenguk keblog ini, syukur jika hati mereka yang sakit bila membaca catatan ini kerana saya berniat menjadikan 'pahit....tapi benar' ini seumpama ubat cap kaki tiga yang sangat pedih jika disapu kepada meraka yang berkurap.

Moga-moga kurap itu hilang dan sembuh. Atau sebagai kismis yang manis itu baik untuk mereka yang pahit-pahit mulut baru sihat dari demam yang panjang. Pahit mulut dan hati amat beza rasanya.







Pahit mulut dari seorang pengidap dibetes itu tidak boleh banyak mengambil kismis. Ada juga yang manis rasanya itu pahit pula kesannya. Kismis jadi pahit dan berbahaya bagi seorang pengidap dibetes. Bererti pahit bagi orang yang berpenyakit !.



Yang jelasnya, bagi seorang yang hati berpenyakit maka kesakitannya akan menyusahkan dan memberi masalah kepada orang ramai dan dirinya sendiri.

Saya memandang dengan teliti suasana kesakitan disebabkan hati yang berpenyakit ini. Memang dunia ini tempat hati-hati yang sakit tetapi perlu diingat bahawa hati-hati kita wajib dibaiki sebelum dibawa kelubang kubur atau keliang lahad. Jadi, peliklah jika kita menambah penyakit.

Sah, jelas dan nyata.....sahih menambahkan penyakit jika bergaduh adik beradik. Jika berkelahi adik beradik maka jelas sekali penyakit bertambah dan akan bertambah. Nyata, penyakit hati bertambah serius jika berputus rahim, berputus hubungan dengan adik beradik.

Hati yang berpenyakit bergaduh adik beradik 'sedarah daging' ialah suatu kisah yang saya olah untuk dipaparkan kali ini. InsyaAllah. Saya tidak sangka, sedarah sedaging seibu sebapa, seaqidah dan seperjuangan....adik beradik, malah siadik umpama anak disisi abangnya boleh berputus rahim !. Adik, seperti anak bongsu disisi abangnya pun boleh adik melawan abangnya. Ajib...ajib...ajib.




Saya hairan sungguh. Dimana kefahaman agama bahawa kita tidak dibenar berputusan lebih dari tiga hari ? ....ini sudah bertahun-tahun tidak bertegur sapa malah menambahkan panas penyakit !.



Abang, seorang tua yang menyedari hari-hari tuanya aktif dalam pembangunan masjid, memakmurkan masjid...mengimarahkan masjid dengan sokongan masyarakat tempatan. Menghidupkan masjid dengan seni budi bicara dan bahasa halus yang disertai kebolehan mentadbir secara traditional dan mengurus program berserta sifat boros pemurah mudah mendapat sokongan orang ramai.



Seorang tua 80 an yang benar-benar tua dipenghujung umur berada dalam kelompok keluarganya dan dicelah-celah masyarakat kampung traditional masih mampu bergabung tenaga dan fikiran dengan sokongan anak dan isteri serta menghidupkan masjid dari hari kehari.



Seorang tua yang menjadi penyeri sebuah masjid dengan istiqamah pada setiap solat jamaah. Tua, tapi menjadi daya penarik keceriaan sebuah masjid kerana tua itu yang sepatutnya sedemikian. Begitu juga warga tua segenerasi dengannya. Dialah disetiap waktu selepas solat dengan 'ala tua' dan kekampungan menjadi pengulas setiap isu semasa negara yang dibuka cerita oleh golongan muda.



Seorang tua, kerana tua yang berfungsi benar-benar menguasai masjid dan masyarakat. Kerana tuanya beliaulah yang menjadi pemutus keputusan walau pun beliau bukan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Masjid. Tua dari adik-adiknya dan tua dalam masyarakat.



Seorang orang tua. Beliaulah yang merancang dengan 'anginnya' untuk menghidupkan 'cerita tua'; cerita maulud rasul, cerita israk dan mi'raj, cerita nuzul al-qur'an, kuliah al-qur'an (kuliah jumaat).



Seorang orang tua, dengan 'anginnya' beliau membina kemudahan masjid. Dari tempat berpijak untuk kemudahan berjalan yang asalnya berumput dan lalang yang membiakkan nyamuk ditukar menjadi halaman bertar. Seorang tua dengan 'angin tuanya' membina tempat khas dapur memasak muslimat, tempat khas muslimat yang 'uzur atau cuti'.



Seorang orang tua, dengan 'angin tuanya', demi menghidupkan masjid dan jiwa kebajikan dalam diri masyarakat selalu 'ikut angin' tuanya menyembelih lembu dan kerbau atau ayam kampung untuk mendengar cerita-cerita tua tadi.



Seorang tua yang tua fikiran dan tindakannya. Lumat dan matang mantap. Halus dan lembut teradun. Berstrategi dan berhikmah berpasak kukuh. Berpolitik nafas panjang yang menikam musuh dan mendidik anak cucu serta sahabat. Berkasar dan lantang dalam mempertahankan prinsip. Mantap berhujjah bersandar sejarah dan dalil 'kata orang-orang tua'.



Tua....dituakan kerana tiada kebatilan maka ia benar. Bukan semata tua. Dituakan kerana telah ada dalil dan bukti kerjanya berjaya 'boleh ditumpang'. Bukan semata-mata tua. Dituakan kerana punya penyokong adik-adik dan anak-anak yang beradab dan berakhlak. Bukan semata-mata tua...setua-tua. Berpengaruh dan menguasai.



Tua.....tepatnya, menyegarkan seperti tuanya manis yang bernama gula, masin yang bernama garam. Tua....telah melalui 80 an. Yang lain adalah adik dan anak-anak.





Kesepatutannya yang adik mencari yang tua iaitu abang. Juga yang sepatutnya yang anak mencari orang tua kerana ia bapa. Tetapi sebaliknya dari adik beradik kerana hati berpenyakit. Penyakit hati, "dengki" mewarisi penyakit lama. "Na 'uzu billahi min zalik"