Selasa, 21 September 2010

Angin Tinggi...

Angin tinggi....lebih bahaya dari penyakit darah tinggi. Bahaya angin tinggi hingga menyebabkan diakhirat kelak terjerumus kejurang neraka. Na'uzubilLAHi min zalik.

Martabat...orang awam walaupun seorang alim, lebai pun sentiasa bergelumbang dengan penyakit ini. Ada antaranya berbangga tanpa disedari akan penyakit ini.
.
Bertuah...mereka yang boleh melawan dan menang sehingga terbuang penyakit ini sewaktu hayatnya. InsyaAllah.
.
Darah tinggi...difahami "tidak merbahaya" berbanding dengan penyakit angin tinggi kerana kita hanya mengaitkan darah tinggi dengan keadaan perjalanan darah atau 'blood presure' dalam tubuh kita. Ya...begitu kah ?
.
Hakikat...kedua-dua penyakit ini sama bahaya dan amat berbahaya. Darah tinggi boleh menyebabkan kematian bila-bila masa. [ Sudahlah kematian itu hakikatnya bila-bila masa tapi pengidap penyakit tinggi risikonya lebih tinggi ].
.
Kematian....adalah pintu rahmat dan atau azab dan laknat. Diredhai dan dirahmati. Jika kematian seseorang tanpa penyakit angin tinggi tentu diredhai dan dirahmati. Sebaliknya murkai dengan azab dan laknat jika berjumpa Allah dalam keadaan membawa penyakit angin tinggi tersebut.
.
Punca...kedua penyakit tersebut wajib difahami oleh setiap orang beriman yang mukalllaf dan wajib selesaikan permasalahan ini sebelum bertemu suasana yang sangat mencabar iaitu ketika bertemu Allah. Punca kedua-duanya ialah hati kita sendiri. Maksud firmah Allah, surah al-Alaq ayat 6: "Ingatlah ! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas" ....ayat 7:"Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya".
.
Hati...tempat bertapak segala penyakit. Jika kita tidak dapat mengurus apa yang ada dalam diri dan disekeliling kita dengan secara Islam maka nafsu yang bertapak dihati menguasai diri lalu bertambahlah penyakit angin dan darah tinggi.
.
Selera...gaya hidup seorang yang mempunyai penyakit darah tinggi amat gemarkan makanan yang sedap. Kesemua makanan yang sedap-sedap akan menaikkan tekanan darah. Siapa kata daging kambing tidak sedap. Kalau tidak sedap tentu murah harganya. Seekor kambing sekarang harganya hampir RM 500. Ini bukan lagi harga jamnapari !. Daging lembu pun tak boleh dimakan oleh orang yang berpenyakit darah tinggi kerana akan menaikkan tekanan darahnya. Semuanya itu, sedap ! Hati yang tinggi menilai bahawa ia "sedaaaap"
.
Perangai...orang yang berpenyakit darah tinggi, jika dalam masa yang sama mempunyai penyakit angin tinggi juga maka orang itu cepat mati. Jadi, jika hendak mengawal penyakit darah tinggi mesti melalui kaedah-kaedah pengawalan angin tinggi terlebih dahulu.
.
Akhlak ....orang yang terkena penyakit angin tinggi amat bahaya sekali. Seorang yang berangin tinggi sebenarnya hati telah mati. Seorang yang berangin tinggi akan menganggap orang lain rendah, 'lekeh' , tiada kelas..... pendeknya tak boleh mengatasi dirinya yang berangin tinggi. Jika ada orang lain yang mengatasi, maka angin tingginya memberontak.
.
Gejala...penyakit ini kait mengait. Seorang yang berangin tinggi merasa tinggi dirinya jika dapat memakan makanan yang seperti tadi. Maklumlah barang mahal. Barang mahal tentu orang yang berada saja dapat memiliki. Aku lebih tinggi, kelas tinggi sebab itu aku dapat makan barang yang harga tinggi. Memang ia kait mengait !
.
Fenomena....penyakit angin tinggi amat banyak sekali dalam jiwa mereka yang dikuasai oleh 'politik kotor'. Kotor dalam politik ialah suatu perlakuan, penampilan, kerekter, tindakan yang terkeluar dari lunas-lunas Islam. Seorang yang tidak mengikut lunas-lunas Islam dalam pemikiran, tindakan, penampilan, keputusan, perlaksanaan maka tentu akan mengikut apa yang dibisikkan oleh syaitan. Syaitan amat suka hamba Allah berangin tinggi.
.
Politik kotor...mudah diamalkan kerana ia tidak bersandar dan berpaksikan kebenaran serta bertunjangkan keimanan. Ia berpaksikan nafsu dan selera serta aqal pendek. Seorang penjahat tahi arak, kaki judi, penyangak, pembohong, penipu dan pembawa fitnah yang angin tinggi pun boleh berada dalam dunia politik ini. Mudah untuk menipu, menabur fitnah dan membohongi orang ramai.
.
Matlamat politik...ingin berada 'diatas'...yang tinggi, ingin memegang kuasa dan pengaruh menyebabkan manusia setengahnya jadi gila. Gila kuasa sehingga melakukan tindakan kotor. Tindakan bernatijah dari angin tinggi. Tidak mengakui kebenaran kerana mengakui kebenaran dirasakan rendah diri....dari jiwa yang rendah...menjatuhkan !
.
Kesan....jika politik kotor ini diamalkan oleh orang alim mamat negatif kepada orang jahil. Orang jahil meyakini apa yang dilakukan oleh orang alim adalah suatu kebenaran kerana orang jahil yang 'tak tahu' kebenaran berpegang apa yang dibuat, persembahan dan tindakan dan penampilan dan keputusan orang alim itulah "al-haq". Sedangkan ia politik kotor semata.
.
Realitinya....politik kotor tetap kotor kerana ia jauh dan menyanggah syariat. Jauh dan melanggar syariat kerana kekotoran dan menyebabkan menebalnya kekotoran. Jika menepati dengan Islam maka ia bersih. Ambillah yang bersih walaupun ia rendah. Rendah itu tawaduk.
.
Hati...mereka yang berpolitik kotor adalah amat kotor sekali. Hati mereka yang mampu berjihad berpolitik bersih, bererti hati itu bersih. Jauhilah politik kotor kerana ia menggambarkan hati yang kotor.
.
Kisah...yang berakar umbi untuk mengejar dan mempertahankan pangkat semata untuk menguasai orang lain berlaku dimana-mana. Rasa kecewa dan serba tak kena dengan keputusan orang lain. Lalu dalam keadaan tidak sedar merasakan diri layak sedangkan orang ramai melihat bahawa ketidaklayakannya kerana masih bergelumbang dengan dosa.
.
Kisah...yang berakar umbi dengan dengki yang merasakan diri boleh berbuat sesuatu sedangkan terbukti tak dapat berbuat dan tak pernah buat sesuatu sehingga merancang untuk menghalang orang sedang melakukan kebajikan pun berlaku dimana saja walau diceruk kampung. Akhirnya, tidak dapat buat pembangunan dan kebajikan pun tidak mengapa asalkan jangan orang lain buat.
.
Kisah...yang berakar umbi dari rasa diri kononnya ditakuti, disegani kerana pernah melakukan tindakan 'jahiliah' masa lampau lalu muncul tindakan yang melampau walaupun kepada saudara rapat sejamaah solat, [ hatta kepada adik beradik ] kerana diri dikuasai rasa "orang tak berani sentuh", "orang tak canggah pendapat aku"...."orang takutkan aku" ...sedangkan itu perasaan dan angin tinggi semata kerana dunia sekarang bukan dunia keris dan tombak tetapi dunia kini adalah dunia diplomasi dan diplomatik.
.
Seni politik...bersih adalah dari Allah yakni dari kesenian ajaran Islam. Maksud Firman Allah ayat 139 surah al-Baqarah: "[Katakanlah wahai orang yang beriman..."Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah]: celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah ? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
.
Jiwa...kotor menyebabkan hati tinggi atau angin tinggi dan selamanya ia adalah jahiliah. Sedangkan jahiliah adalah dari kesyaitanan !. Hancurnya kehidupan syaitan adalah kerana 'angin tinggi'nya. Angin tinggi adalah angin syaitan !.... Boleh berangin tinggi hanya untuk melawan syaitan kerana Allah demi keimanan kepadaNya.
.
Bertaubatlah !!!! Bertaubatlah !!! Bertaubatlah !!!...
Pahit...tapi benar.
.
Walllahu A'lam